Menara KL, 29/11/2008 - Dua orang pegawai  telah menamatkan perkhidmatan mereka di YBK bermula 1 Disember 2008. Bagi  menghargai jasa dan komitmen yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan mereka di YBK, pihak pengurusan telah mengadakan majlis perpisahan yang sederhana tetapi meriah dan dihadiri oleh Pengerusi YBK, Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom.

Pegawai-pegawai tersebut ialah Mohd Khizam Mohd Salih, Eksekutif IT dan Sureini Sulaiman, Eksekutif Korporat. Di majlis tersebut juga Dato’ Zainal dan Datin Hartini telah menyampaikan cenderahati kepada mereka berdua. Seluruh pihak pengurusan YBK mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa mereka selama berkhidmat di YBK dan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi nanti.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Datin Sarifah Ahmad, Datin Hartini Osman, Haji Bing Selamat Amir, Zulhairy Jalaluddin dan pegawai-pegawai YBK.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;