Batang Kali, 15/11/2008 - Buat pertama kalinya program โ€œ Go Red For Womenโ€ anjuran bersama Yayasan Basmi Kemiskinan, yayasan Jantung Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Quaker Malaysia telah berjaya menarik lebih kurang 200 orang untuk menjalani pemeriksaan yang dijalankan.


Antara aktiviti saringan kesihatan yang dijalankan ialah pemeriksaan kolesterol, glukos, tekanan darah, dan pemeriksaan indeks jisim badan dimana pemeriksaan ini adalah melibatkan kesihatan jantung.ย 

Selain pemeriksaan kesihatan diadakan juga ceramah kesihatan, nasihat pemakanan, demonstrasi kecergasan iaitu senaman aerobic dan taichi,ย  dan demonstrasi masakan oleh seorang chef terkenal tanahair.

Dalam majlis penutup. Pengerusi YBK, Datoโ€™ Haji Zainal Abidin Haji Sakomย  mengucapkan tahniah kepada peserta-peserta yang telah berani menampilkan diri ntuk menjalani pemeriksaan kesihatan ini. Beliau juga berkata, peranan seorang wanita amat penting bagi memastikan tahap kesihatan keluarga mereka berada di tahap yang baik. Ini semua adalah terletak di tangan wanita.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diwakili oleh Ahli Lembaga Pengarahnya, Hajjah Ainon Haji Kuntom kerana telah memilih YBK untuk bersama-sama menjalankan program ini yang mana pertama kalinya diadakan di kawasan luar bandar.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan program in

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย +60 (3) 7875 0036
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;