Serendah, 9/1/2009 -YBK telah menerima rombongan dari kalangan ahli akademik dan pentadbir Universiti Teknologi MARA hari ini seramai 10 orang. Mereka yang terdiri daripada pensyarah Pusat Pengajian Sains Gunaan (Bio-Diversity) dan Seni Bina telah melawat sendiri ke tanah YBK di Bukit Serendah Hulu Selangor. Tujuan lawatan mereka adalah untuk membuat kajian tapak di atas cadangan YBK untuk membangunkan Kampus UITM Serendah, Pusat Pengajian Bio-Diversity.

Rombongan yang berkumpul di Asrama Kasih YBK Serendah telah diberi penerangan oleh Dato Zainal Abidin Hj Sakom, Pengerusi YBK. Sepanjang lawatan, mereka dilihat sangat teruja melihat sendiri keindahan flora dan fauna serta keindahan sungai dan air terjun yang terdapat di atas bukit tanah milik YBK tersebut. Akhir sesi lawatan, rtombongan telah dijamu dengan makan tengahari oleh YBK di Asrama Kasih YBK. Dato Pengerusi telah merakakamkan ucapan terima kasih kepada rombongan kerana sudi melapangkan masa melawat sendirti tapak cafangan pembinaan Kampus UITM Serendah

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;