Kuala Lumpur, 21/2/2009 - Beberapa orang dari kalangan mualaf sedang merancang untuk menubuhkan komuniti mualaf di bawah naungan YBK. Komuniti ini bertujuan membantu golongan mualaf menjalani kehidupan sebagai seorang mukmin. Perbincangan diketua oleh Puan Nurhani Abdullah (seoarang berbangsa Cina yang telah memeluk Islam sejak 15 tahun dulu) dengan beberapa orang rakannya cuba merancang dan membentuk sebuah organisasi atau komuniti yang bernaung di bawah Yayasan Basmi Kemiskinan.

Perbincangan hari ini telah memutuskan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 50 orang keahlian dari kalangan mualaf yang memerlukan bantuan dan sokongan atau yang ingin memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Setelah mendapat keahlian yang mencukupi, mereka akan membentuk sebuah organisasi dengan tersusun seperti jawatankuasa untuk merancang dan melaksanakan program seterusnya. YBK telah memberikan komitmen akan menyokong komuniti ini dengan bantuan dan sokongan yang mampu diberikan dengan tatacara yang akan dibincangkan kelak.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;