Kuala Selangor, 20/3/2009 - YBK telah mengadakan perbincangan dengan beberapa juruperunding untuk merancang program pembangunan usahawan dikalangan bekas pelatih pusat-pusat latihan dan asrama YBK. Antara yang terlibat termasuklah bekas pelatih Pusat Latihan YBK Kuala Selangor dan Akademi Kemahiran YBK Gesir dan bekas pelajar Asrama Kasih YBK Serendah. Untuk tujuan itu satu perbincangan dengan En Malik dari CWORKS iaitu sebuah syarikat perunding antarabangsa yang terlibat aktif dalam khidmat Facility Managemnet System beberapa perunding telah diadakan di Pusat Latihan YBK Kuala Selangor.

Antara perunding yang turut hadir adalah CWORKS yang akan bekerjasama dengan YBK untuk membangunkan modul latihan berkenaan Facilty Management System untuk pelatih Pusat Latihan YBK Kuala Selangor, Akademi Kemahiran Gesir juga bekas pe;lajar Asrama Kasih YBK bagaimana mereka yang berminat boleh menyertai program pembangunan usahawan/kontraktor seperti penarafan Certified Facility Management.

Sempena lawatan tersebut mereka telah dibawa melawat bengkel dan kelas di mana pelatih menjalankan latihan membaik-pulih penghawa dingin, baikpulih kereka dan pendawaian elektrikdi Pusat Latihan YBK KualaSelangor.Turut sama adalah Datin Hartini Osman dan Hj Bing Selamat Amir,ahli Lembaga Premegang Amanah YBK. jar berbanding keputusan SPM sebenar.

πŸ“ž HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

πŸ“ž TEL :Β +60 (3) 7875 0036
πŸ“  FAKS :Β +60 (3) 7875 0719
πŸ“§ E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;