Bukit Tinggi, Indonesia 16/3/2009 - YBK telah menyumbangkan sebanyak RM100,000.00 atau Rp330juta kepada sebuah sekolah Agama Rakyat (pesantrian) iaitu Sekolah Agama Thawalib Parabek Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Sumbangan ini adalah untuk membiayai pembangunan bangunan asrama lelaki yang telah musnah akibat dari gempa bumi yang berlaku Sumatera Barat Indonesia pada tahun 2007.


Sekolah Agama Thawalib Parabek Bukit Tinggi yang diasaskan oleh Sheikh Ibrahim Musa yang menyediakan pembelajaran Agama kepada 600 orang pelajar Islam dari seluruh Indonesia termasuk Malaysia, Singapora dan Brunei Darul Salam yang sanggup datang di sini untuk mendalami ilmu Agama.

Ustaz Diswandi, pimpinan akademik sekolah dalam ucapan alu-aluan merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan dan kehadiran rombongan YBK yang hadir. Beliau secara ringkas telah memberi taklimat kepada rombongan YBK program ilmiah yang dijalankan di sekolah agama ini. Beliau menyatakan sumbangan RM100,000.00 ini adalah sumbangan kedua dari Dato Zainal Abidin Hj Sakom setelah menyumbangkan sebanyak RM150,000.00 untuk membangunkan asrama perempuan pada tahun 1997.

Dato Zainal Abidin Hj Sakom bersama ahli lembaga Pemegang Amanah YBK dalam majlis penyampaian sumbangan menyatakan sumbangan ini adalah sebagai usaha dan niat yayasan memajukan ummah melalui pendidikan Agama yang diasaskan oleh Sheikh Ibrahim Musa. Sekolah Agama ini yang mengeluarkan ramai serjana dan pemimpjn Islam seperti HAMKA dan HATTA perlu doisokong oleh semua pihak termasuk dari Malaysia. YBK berjanji akan memberi sumbangan tetap setiap tahun sekiranya cadangan YBK untuk membangunkan UiTM Serendah diluluskan oleh kerajaan Malaysia.

Sempena lawatan Dato Zainal Hj Sakom ke sekolah agama ini, beliau juga memberi ceramah Agama dan motivasi kepada 600 orang pelajar lelaki dan perempuan selepas sembahyang jemaah zohor di madrasah thawakib oaracek Bukit Tinggi. 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;