Nabila Begum Mohd Muniruddin pelajar Asrama Kasih YBK Serendah telah mencatat 7A dalam peperiksaan SPM 2008 yang lepas. Beliau yang berasal dari Kg Sungai Lui, Hulu Langat dan mempunyai 5 orang adik beradik. Bapanya seorang pemandu di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebelum mencatat 3A 2B dalam peperiksaan UPSR(2003) dan 8A dalam PMR(2006). Beliau dipilih menyertai asrama Kasih YBK sejak tahun 2004 apabila diperakukan oleh pihak sekolah. Sementara itu Omar Hasbullah dari Sungai Buloh Selangor yang mempunyai 7 orang adik-beradik, anak seorang peniaga pasar malam telah mencatat 6A dalam SPM 2008. Beliau sebelum mencatat 7A dalam PMR(2006) dan 4A dalam UPSR(2003). Sementara itu Juwariyah Ismail dan Hasri Karia pula mencatatkan 5 A dalam peperiksaan SPM yang lepas.


Mereka merupakan 3 pelajar terbaik dari 19 orang pelajar Asrama Kasih YBK yang mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2008 dan mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM(2008). Dengan peruntukkan, pengawasan dan peraturan yang sewajarnya pelajar miskin yang ditempatkan di asrama YBK ini akhir mampu mencatat keputusan yang baik dan seterusnya mencipta kejayaan hidup di masa depan. Secara keseluruhanya semua 19 orang pelajar mencatat purata markah 66.1% berbanding 75.6% purata markah dalam PMR dalam tahun 2006. Keputusan lengkap adalah seperti berikut

Nabila Begum Mohd Muniruddin - 7A 2B 1C, Mohd Umar Hasbullah - 6A 3B 1C, Hasri Husairi Karia - 5A 2B 3C, Juwariyah Ismail - 5A 2B 3C, Mohd Izwan Ahmad Fuad - 4A 4B 2C, Mohd Azri Jasmi - 4A 3B 3C, Siti Sapinah Abd Kifli - 2A 3B 4C 1D, Mohd Fhadlan Sulaiman - 2A 2B 4C 1D, Siti Nurfahsiha Mohd Nordin - 2A 2B 6C, Shahrol Jamaluddin - 1A 5B 3C 1D, Roslan Mohamad - 3A 1B 3C 1D, Norfarahanim Nordin - 2A 4B 1C 2D, Noramiera Abdul Razak - 1A 3B 3C 1D 1E, Nur Khairulnnisa Amin - 2A 2B 2C 3D 1E, Nurul Hidayah Mohd Nazri - 5B 2C 2D, Nurul Izaty Jamali - 1A 2B 4C 2D, Mohd Normizam Mohd Soair - 1A 2B 2C 4D, Nur Asmah Bt Yusof - 1A 3B 3C 2D, Nurul Atiqah Ismail - 1B 4C 2D 2E

Untuk perancangan akan datang, YBK telah memutuskan untuk mengadakan kelas tambahan terutamanya dalam mata pelajaran English bagi memastikan pencapaian yang baik dalam peperiksaan SPM yang akan datang

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;