Serendah, Hulu Selangor - Seramai 19 orang pelajar Asrama Kasih YBK Serendah mendapat tawaran melanjutkan ke Universiti Kuala Lumpur untuk pelbagai jurusan di peringkat ijazah dan diploma. Majlis penyerahan surat tawaran universiti disempurnakan oleh Dato Zainal Abidin Hj Sakom, selaku Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor bersama wakil Universiti Kuala Lumpur iaitu Puan Adibah.

Mereka yang ditawarkan merupakan semua pelajar Asrama Kasih yang mendapat keputusan baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2008 tahun lepas. Sejak penubuhan Asrama Kasih YBK Serendah lebih 200 orang pelajhar telah berjaya ditempatkan ke institusi pengajian tinggi swasta dan awam untuk meneruskan pengajian mereka. Dato Zainal Abidin di dalam ucapan mengalu-alukan kehadiran pegawai Universiti Kuala Lumpur yang turut hadir dalam majlis tersebut dan merakamkan terima kasih kepada UniKL kepada menyokong YBK membantu pelajat miskin melanjutkan pelajaran ke IPTS.

Majlis yang dihadiri oleh keluarga pelajar dan masyarakat setempat diraikan seramai 150 orang telah diraikan dengan jamuan selepas majlis tersebut.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;