Malah seramai hampir 50 orang suri-rumah telah secara sukarela menjalankan pemeriksaan penyakit barah payu dara dan pap smear. Sebelum itu penduduk yang hadir telah mendengar taklimat kesihatan tentang penyakit kanser, barah rahim, barah payu dara dan kanser yang disumbangkan oleh rokok yang telah disampaikan oleh doktot pakar kesiahatan am, Dr Saiyah bt Abdullah dari Hospital Jabatan Orang Asli Gombak.
Program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanita Desa Kasih ini dijalankan dengan kerjasama Pusat Zakat Selangor dan Jabatan Kesihatan Sabak Bernam telah dirasmikan oleh Dato Zainal Abidin Hj Sakom,selaku Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor.
- Hit: 1623
Sabak Bernam - YBK sekali lagi berjaya menganjurkan Program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanita. Kali ini di Desa Kasih Merbau Berdarah Sg Panjang Sabak Bernam. Program kesihatan yang ditaja oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) berjaya menarik lebih 120 orang penduduk Desa Kasih Merbau Berdarah menjalankan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, pemeriksaan paras glukos dan obesiti dijalankan oleh pegawai kesihatan dari Pusat Kesihatan Daerah Sabak Bernam.