Klang – YBK mengadakan lawatan kerja ke Bengkel DAYA Klang, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Lawatan ini bertujuan mendapat taklimat dan penjelasan operasi melatih Orang Kurang Upaya tentang kemahiran hidup supaya mereka boleh berdikari sebagai perancangan YBK membangunkan Pusat Didikan Kanak-Kanak Istimewa.

Taklimat bengkel telah disampaikan oleh Encik Mohamad Nazip Baharuddin, Pengurus Bengel kepada rombongan YBK yang diketuai oleh Datin Hartini Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.

Selepas sesi taklimat rombongan telah dibawa ke sekitar kawasan bengkel untuk melihat sendiri bagaimana 61 orang OKU yang mendaftar menjalankan kerja membuat roti, menjahit dan kerja kraftangan untuk mengambil upah menampung kehidupan mereka

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;