Shah Alam - Pengerusi YBK, Dato Zainal Abidin Hj Sakom telah mengunjungi Dato Dr Hassan Ali, EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Kerajaan Selangor petang tadi. Tujuan kunjungan tersebut adalah sebagai kunjungan hormat YBK kepada Dato Dr Hassan Ali yang tidak dapat bersama dalam Majlis Taklimat Operasi YBK Kepada EXCO Kerajaan Negeri Selangor pada 8/5/2009 yang lepas.

Dalam perjumpaan kali ini yang turut dihadiri Hj Bing Selamat Amir dan Datin Hartini Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Dato Zainal Abidin Hj Sak0m telah mengambil kesempatan memberi taklimat ringkas berkenaan operasi dan status terkini tentang YBK sebagai NGO di Selangor yang aktif menjalankan program-program pembasmian kemiskinan seluruh negara.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;