- Hit: 1553
Kuala Lumpur, 16/6/2009 YBK telah membuat lawatan kerja ke Pusat Spastic Selangor & Wilayah Persekutuan di Petaling Jaya. Tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari pengalaman pusat ini menguruskan pembelajaran kanak-kanak spastic. Pusat ini yang telah dirubuhkan sejak tahun 1960 sekarang melatih lebih 250 orang kanak-kanak spastic dari sekitar Petaling Jaya.
Puan Zuliana salah seorang guru di sini telah memberi taklimat program-program pembelajaran kanak-kanak spastic yang disediakan dipusat ini. Beliau juga telah membawa dan memberi penerangan kepada rombongan YBK ke semua kelas di mana kanak-kanak diberi pendidikan seperti pendidikan awal, speech therapy, hydro therapy, kelas akademik, occupational dan vocational therapy.
Lawatan YBK ini adalah merupakan sebahagian usaha YBK mengumpul maklumat bagi membolehkan YBK membangunkan pusat didikan kanaka-kanak istimewa YBK tidak lama lagi.