YBK telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan CWORKS SYSTEM BERHAD iaitu juruperunding yang aktif dalam khidmat Facility Management System. Antara perundingan perkhidmatan yang akan diberikan adalah membangunkan modul latihan berkenaan Facilty Management System untuk pelatih Pusat Latihan YBK Kuala Selangor, Akademi Kemahiran Gesir juga bekas pelajar Asrama Kasih YBK bagaimana mereka yang berminat boleh menyertai program pembangunan usahawan/kontraktor seperti penarafan Certified Facility Management.

Datin Hartini Osman dan Hj Bing Selamat Amir, ahli lembaga pemegang amanah YBK telah menandatangani MOU bagi pihak YBK. Sementera CWORKS diwakili Encik Malik Mohd Din. Upacara menandatangani disaksikan oleh Dato Zainal Abidin Hj Sakom Penegrusi YBK dan Dato Thomas Goerge KSU Kementerian Kerja Raya dan Abdul Rani Achmed CEO CWORKS System Bhd.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;