- Hit: 1684
Shah Alam, 28/4/2009 - YBK dengan kerjasama Akhbar SINAR Kumpulan Karangkraf, ASTRO OASIS dan Pimpinan (Persatuan Imam, Pegawai Masjid & Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor) telah melancarkan Program SINAR KASIH Ramadhan 1430 Hijrah/2009.
Program SINAR Kasih Ramadhan 1430 Hijrah adalah program meningkatkan kesedaran orang ramai dan pihak swasta untuk membantu keperluan makan keluarga termiskin sepanjang bulan Ramadhan.
Berdasarkan takrif, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu RM660.00 adalah pendapatan yang mencukupi untuk membeli keperluan minimum makanan, keperluan asas yang lain seperti pakaian dan kasut, sewa rumah, bahan api dan tenaga, pengangkutan dan komunikasi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan rekreasi. Manakala PGK Makanan iaitu RM400.00 pula merupakan komponen makanan bagi PGK berasaskan kepada pandangan pakar pemakanan, diet dan perubatan keperluan harian kilokalori setiap individu mengambil kira makanan seimbang.
Oleh itu Program SINAR Kasih Ramadhan adalah usaha mengumpul sumbangan orang ramai dan sektor swasta untuk diagihkan kepada keluarga termiskin bagi memenuhi keperluan makan mereka iaitu RM400.00 untuk sepanjang sebulan Ramadhan. Penyumbang boleh menghulurkan bantuan melalui YBK sebanyak RM400.00 atau lebih. Sumbangan boleh dibuat dengan cek kepada ‘YAYASAN BASMI KEMISKINAN’ tulis belakang cek ‘PROGRAM SINAR KASIH Ramadhan 1430 Hijrah atau kredit terus ke dalam akaun YBK Bank Islam Malaysia Berhad – no akaun 12038010002132 dan faxkan slip bayaran ke YBK No Fax 03-78750719. Adalah penting YBK menghetahui butiran penyumbang bagi membolehkan YBK memaklumkan senarai penerima bantuan tersebut apabila agihan disempurnakan. Sesiapa atau mana-mana pihak yang berminat untuk turut sama dalam program ini bolehlah menghubungi YBK Tel. 03-78750036 untuk keterangan lanjut.
Semua wang yang terkumpul akan diagihkan semula kepada keluarga termiskin melalui Pimpinan (Persatuan Imam, Pegawai Masjid & Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor) atau Pejabat Agama Negeri. Malah segala kos persediaan dan prmosi akan ditanggungkan oleh semua pihak terlibat iaitu YBK, Akhbar SINAR Karangkraf, ASTRO OASIS dan PIMPINAN