Serendah, 17/9/2009 – Majlis Berbuka Puasa Asrama Kasih YBK 1430H/2009 kali ini terlalu istimewa   kepada pelajar asrama dan warga YBK. Ini disebabkan YBK menerima tetamu istimewa Ary Ginanjar Agustian, pengasas Trainning ESQ yang sedang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sekarang. Disamping YBK menerima juga kedatangan alumni ESQ, majlis diserikan dengan Tazkirah bertajuk Kembali Kepada Fitrah oleh Dr Ary selama ½ jam sebelum tetamu menjalankan ibadah berbuka puasa.

Selepas majlis makan,  Dato Pengerusi YBK, Tan Sri Mat Aseh Che Mat dan tetamu jemputan telah menjalankan solah jemaah Isyak, solat sunat tarawikh dan witir yang dipimpin oleh Imam Masjid Putrajaya. YBK juga mengambil kesempatan membuat rakaman takbir raya untuk Program KASIH Ramadhan yang akan disiarkan di saluran ASTRO OASIS pada hari raya yang akan datang.

Akhir sekali semua pelajar asrama YBK Kasih Serendah dan JAMBOR Sakti telah menerima duit dan pakaian raya sumbangan Datin Seri Rosmah Mansur,  Tan Sri Mat Aseh dan ZIKAY Holding dan beberapa penyumbang lain  

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;