Pekan, Pahang, 11/9/2009  - Sumbangan mulai diterima oleh YBK menerusi program Tabung Sinar Kasih Ramadhan melalui  rancangan realiti tv “Sinar Kasih Ramadhan” yang mula disiarkan di Astro Oasis pada awal bulan Ramadhan.

Justeru sebuah syarikat telah menyumbang zakat  syarikat  berjumlah RM5,000.00 kepada keluarga Yahya Salleh untuk membantu beliau membuka gerai makanan di Kg Tg Selangor, Pekan, Pahang bagi menambah pendapatan keluarga yang selama ini hanya bergantung kepada hasil laut yang tidak seberapa bagi menyara sembilan ahli keluarganya termasuk seorang anak kurang upaya.

YBK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat Hakimi & Assosciates Sdn Bhd yang telah menyumbang RM10,000 bagi menjayakan program Sinar Kasih Ramadhan ini.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;