Pekan. 9/11/2009 - YBK telah menyelesaikan masalah keluarga En Samad untuk mendapatkan sebuah rumah di kawasan perumahan PPRM Tanjung Selangor, Pekan Pahang dengan membantu beliau membiayai bayaran pendahuluan dan kos guaman. Bayaran tersebut dibuat melalui sumbangan yang diterima daripada Program Tabung Sinar Kasih Ramadhan berjumlah RM4777.30. Pembayaran ini telah dibuat di Pejabat Tetuan Nik Rashid Syed Azimal Rizal & Jehan oleh pegawai YBK dan disaksikan oleh Ketua Kampung Tanjung Selangor, Pekan Pahang.

Pembelian rumah ini sangatlah perlu bagi menampung keperluan tempat tinggal yang selesa untuk ahli keluarganya seramai 15 orang memandangkan rumah yang diduduki sekarang sudah tidak dapat menampung mereka sekeluarga. 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;