Serendah, 24/12/2009 - Keputusan Penilaian Menengah Rendah 2009 telah diumumkan. Bagi pelajar asrama kasih Serendah kecemerlangan PMR masih berterusan bagi tahun 2009 ini. Pelajar terbaik PMR bagi asrama kasih ialah adik Mohd. Hafizul Amin yang memperolehi 6A, 2B.

Adik Mohd Hafizul Amin kini menetap bersama ibunya di Sg Buloh, Selangor. Mempunyai 4 adik-beradik serta bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera. Mula memasuki asrama kasih pada tingkatan 1 dan salah satu impiannya adalah untuk membawa ibunya merasai hari konvokesyen universitinya nanti, insyaallah.

Bagi kami warga YBK - Dato Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, serta kakitangan, mengucapkan tahniah kepada semua pelajar asrama kasih yang mengambil keputusan PMR ini. Terima kasih juga kepada pengurusan asrama, pengetuanya Pak Latif serta kakitangan kerana usaha keras yang diberikan dalam menjaga serta mendisiplinkan anak-anak ini amat dihargai.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;