- Hit: 1794
Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, akibat penafian itu, orang Selangor yang sekian lama menanti kemasukan sebuah universiti di Hulu Selangor terpaksa berputih mata.
Menurutnya, dengan kuasa dipegangnya, Abdul Khalid seharusnya menjadi fasilitator kepada projek pembangunan, tetapi sebaliknya beliau menjadi penyekat pembangunan sebuah negeri.
βIni suatu yang tidak pernah dibuat orang menolak rezeki. Saya melihat tindakan Kerajaan Selangor ini sebagai menolak satu pembangunan yang sepatutnya diterima orang kawasan Serendah.
βGagalnya seorang Menteri Besar melaksanakan tugasnya maka saya menganggap ini sebagai satu dosa. Seorang pemimpin mesti ingat, dia akan berada di tempat itu hanya untuk masa yang ditentukan. Pada waktu kita diberikan tugas melaksanakan amanah, kita sepatutnya memaksimumkan peluang untuk membangunkan negeri kita, bukannya menahan. Kita melihat pembangunan tanah di Serendah ini akan memberi keuntungan kepada kita dan seterusnya membantu dalam program basmi kemiskinan. Tetapi itu hanya cita-cita yang tidak dapat dilaksanakan kerana telah disekat oleh satu kuasa,β katanya.
Beliau berkata demikian kepada media semasa lawatan ke tapak UiTM di Kampung Seri Mendapat, Semujuk, dekat sini, semalam.
Isnin lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan bahawa kampus baru UiTM yang akan dibina oleh YBK Selangor di Serendah dipindahkan ke sini.
Menurut Zainal Abidin, beliau yakin pembinaan sebuah universiti di sini akan membawa banyak keuntungan kepada masyarakat Melaka, khususnya :kawasan berhampiran.