- Hit: 1649
Bukit Sentosa, 8/1/2010 - YBK telah membuka gerai pameran semasa berlangsungnya program "Juara Rakyat". Objektif utama pameran ini adalah untuk memperkenalkan YBK secara lebih dekat kepada masyarakat.
Pameran ini disertai oleh beberapa bahagian dalam YBK seperti Pusat Latihan YBK Kuala Selangor, Akademi Kemahiran YBK Lembah Bernam, Asrama Kasih YBK, KUNTUM, Sukarelawan YBK serta Permodalan YBK Sdn. Bhd.
Sepanjang pameran ini berlansung sambutan terhadap gerai YBK amat menggalakkan. Pelbagai lapisan masyarakat memenuhi ruang pameran untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang aktiviti, pendidikan, latihan serta isu-isu terkini mengenai YBK. Secara keseluruhannya pameran ini berjaya dalam memperkenalkan YBK kepada masyarakat setempat khususnya.