Sempena 20 tahun YBK beroperasi membantu golongan miskin di Selangor amnya dan Semenanjung Malaysia khasnya, satu Majlis Kesyukuran telah diadakan di Asrama Kasih Serendah. Pengisian majlis ini dimulai dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Farid Ravi Abdullah.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim serta menyampaikan surat tawaran kemasukan ke UNIKL kepada 27 orang pelajar Asrama Kasih lepasan SPM 2009.   Majlis dihadiri oleh Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, Datin Sharifah Ahmad, Datin Hartini Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Zulhairy Jalaluddin Ketua Pegawai Eksekutif YBK dan para Sukarelawan YBK.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;