Parit Raja, Johor 15/12/2010 –Universiti Tun Hussein Onn Malaysia melalui Fakulti Pengurusan Teknologi Perniagaan & Keusahawanan telah meraikan sambutan 'Hari Sedunia' pada 5/12 setiap tahun melalui program 'International Volunteer Day For Economic and Social Development' yang telah ditetapkan oleh UNESCO bagi memperingati sesuatu peristiwa dalam pembangunan tamadun dunia.

YBK yang diwakili oleh Pengerusi Dato Zainal Abidin telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama dalam program ini yang menghuraikan peranan NGO dan sukarelawan dalam membantu masyarakat. Pengalaman serta peranan YBK selama 20 tahun dalam khidmat sosialnya membantu masyarakat telah disampaikan oleh Dato pengerusi.

Semoga pembabitan sukarelawan dalam membangunkan komuniti dapat dikembangkan. Melalui sikap kreatif dan inovatif sukarelawan dapat menambah baik kehidupan manusia sejagat.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;