Klang, 14/12/2010 - Yayasan Basmi Kemiskinan bersama-sama Pejabat Kesihatan Daerah Klang dan Klinik Kesihatan Bukit Kuda telah turun padang ke Pusat Tuisyen JKKKP Kampung Rantau Panjang, Klang dalam sesi jelajah Program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanita di perkampungan tradisional sekitar Negeri Selangor. Daerah Klang merupakan lokasi turun padang YBK bersama masyarakat yang ke-7 selepas lokasi yang ke-6 di Kg Jaya Setia, Kuala Selangor. YBhg Dato' Pengerusi, Dato' Hj Zainal Abidin Sakom telah menyempurnaka Majlis Perasmian Penutup program ini yang dihadiri kira-kira hampir 230 pengunjung yang terdiri daripada penduduk kampung sekitar Kampung Rantau Panjang, Kampung Batu 3 Jalan Kapar dan Kampung Batu 3 Jalan Kapar. Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah Setiausaha UMNO Bahagian Kapar, Encik Hamidzun Khairuddin, Dr Sundirees Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bukit Kuda dan Tuan Hj Samak Hj Ahmad Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bukit Kuda

Program ini disasarkan kepada golongan wanita yang tinggal di kawasan luar bandar termasuk mereka yang datang daripada keluarga yang tidak berkemampuan. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan ialah pelbagai pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan payudara, ‘Pap Smear’, Tekanan Darah, Glukos, Kesihatan Am dan Berat Badan Unggul termasuk Pertandingan  Melukis Poster, Kuiz Kesihatan, pertandingan Gubahan, Menu Makanan Sihat dan pelbagai sesi ceramah kesihatan.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;