Tg Sepat, 22/11/2010  – Objektif utama program saringan kesihatan reproduktif wanita ini merupakan satu program meningkatkan kesedaran kesihatan reproduktif di kalangan wanita luar bandar dan perkampungan tradisional. Program ini dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat  dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat, Klinik Kesihatan Tanjung Sepat, JKKK(P) & Sukarelawan YBK.

Objektif penganjuran program ini ialah untuk:

Memberi kesedaran, maklumat dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada golongan wanita dalam menangani  penyakit berisiko tinggi
Membantu kerajaan dalam mengurangkan kadar kematian di khalayak wanita yang menghidap barah khususnya barah payudara dan pangkal rahim
Menekankan kepentingan cara hidup sihat khususnya di kalangan wanita yang bakal melahirkan dan membina generasi masa hadapan.

Daerah Kuala Langat merupakan program ke -5 bagi saringan kesihatan ini. Seramai 250 orang penduduk hadir memberi sokongan dalam program ini. Mereka menjalani pelbagai pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan payudara, ‘Pap Smear’, Tekanan Darah, Glukos, kesihatan am dan berat badan unggul termasuk pelbagai sesi ceramah kesihatan.Program ini turut diisi dengan peraduan mewarna (pra sekolah) dan melukis (tahap 1 & 2), pertandingan diet sihat, senamrobik serta cabutan bertuah.

Majlis Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Dato Dr Hj Karim b Hj Mansor - ADUN Kawasan Tanjung Sepat. Dalam ucapannya Dato Dr Hj Karim banyak kali mengingatkan penduduk yang hadir supaya menjaga kesihatan supaya dapat menghindari penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan kanser kerana pembunuh dalam senyap ini peningkatannya setiap tahun terlalu tinggi.

Kami di YBK mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pegawai dan Kakitangan Kesihatan Daerah Kuala Langat, Pusat Kesihatan Tanjung Sepat, Ahli JKKK(P) serta pejabat ADUN kawasan kerana kerjasama dan bantuan yang dihulurkan dalam menjayakan program saringan ini.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;