Kepala Batas, 26/11/2010  – YBK melalui program sukarelawannya telah menyampaikan 250 helai sejadah untuk surau-surau yang terjejas teruk semasa banjir besar di negeri Kedah lepas. Objektif utama penyerahan ini ialah untuk membantu meringankan beban kewangan pihak pengurusan surau dalam menyediakan peralatan solat yang rosak teruk akibat bencana banjir.

YBK yang diwakili oleh YBhg Tuan Haji Bing Selamat Bin Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah bersama Encik Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif telah turun padang ke kawasan Parlimen Kuala Kedah untuk menyerahkan sendiri bantuan tersebut kepada Puan Tanty Yusnita, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Kedah dan wakil surau yang terbabit.

Semoga sumbangan ini daoat memberi kemudahan kepada ahli-ahli kariah surau terbabit untuk menunaikan ibadat dengan sempurna. YBK merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Kedah, ahli-ahli kariah surau dan mereka yang terlibat sepanjang kami berada di sana.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;