Pihak pengurusan Asrama Puteri Balkis yang diwakili oleh Pengetuanya Puan Jamaliah merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBK kerana memberi penempatan asrama kepada kesemua pelajar Asrama Puteri Balkis untuk kemasukan tahun 2011 di mana mereka bakal bersekolah di SMK Serendah.
- Hit: 1810
SHAH ALAM - Pada 16 Oktober yang lalu bertempat di Kompleks Wawasan Balkis Shah Alam, Yayasan Basmi Kemiskinan yang diwakili oleh Encik Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutifnya telah memberikan taklimat ringkas mengenai prosedur kemasukan ke Asrama Kasih Serendah. Taklimat ini telah dihadiri oleh 42 orang pelajar Asrama Puteri Balkis bersama-sama ibu bapa dan penjaga mereka.