- Hit: 1697
PETALING JAYA, 1/9/2010 - YBK mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di 'Khadijah Kitchen' dihadiri hampir 65 tetamu. Majlis ini diserikan dengan kehadiran YB Datuk Ahmad Mazlan dan Isteri, ALPA YBK, YBKU, pihak media dan sukarelawan YBK.
Majlis bermula jam 6.45 petang iaitu tazkirah yang disampaikan oleh Dato Zainal Abidin Sakom. Tazkirah berkenaan dengan 10 hari terakhir Ramadhan yang patut 'dikejar' oleh setiap umat islam, sebagai ingatan bersama supaya diakhir ramadhan ini kita sepatutnya lebih kuat beribadat. Selain daripada itu Dato juga menyentuh tentang semangat kemerdekaan ke-53. Semoga tahun hadapan kita dapat meraikan hari kemerdekaan dengan lebih gemilang kerana insyaallah sambutannya akan bersama dengan 1 syawal 1432H