Kuala Lumpur, 2/8/2010 - Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) telah bekerjasama dengan YBK dalam menjayakan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 1431H. Melalui bantuan KIMMA ini, 11 restoran india muslim (NZ CURRY HOUSE, RESTORAN BRJ, RESTORAN SYED, RESTORAN MAHBOB, KHULAFA BISTRO, RESTORAN HAKIM, RESTORAN JASIMA, RESTORAN SYEED ABU, AL-RAFFI dan RESTORAN ANA ROS MERAH) menyumbang RM 35,690 untuk diagih-agihkan kepada keluarga miskin terpilih.

Selain itu melalui bantuan KIMMA, tabung-tabung Sinar Kasih Ramadhan akan diletakkan di kaunter-kaunter bayaran restoran india muslim sepanjang tahun. Ini merupakan langkah jangka panjang KIMMA dalam membantu YBK supaya orang ramai dapat menyumbang secara terus.

Pengerusi YBK, Dato Zainal dalam ucapan ringkasnya menegaskan "sedekah RM430 ini adalah untuk 1 keluarga miskin, berbuka dan bersahur sepanjang ramadhan. Keluarga miskin ini tak pasti adakah dia mampu berbuka dan bersahur sepanjang ramadhan nanti. Kegembiraan keluarga miskin ini sepanjang bulan ramadhan adalah nikmat juga bagi penyumbang". Klik untuk lihat keterangan lanju

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;