SHAH ALAM, 19/7/2020 - Program Sinar Kasih Ramadhan 1431H/ 2010 dilancarkan secara rasminya bertempat di Ibu pejabat Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. Program ini anjuran bersama YBK dan akhbar Sinar Harian bermatlamat memberi sumbangan berbuka dan bersahur sepanjang bulan Ramadhan ini.

Bagi tahun lalu seramai 427 keluarga miskin menerima sumbangan di seluruh negara. Untuk tahun ini, YBK mensasarkan 1000 keluarga miskin untuk menerima sumbangan RM430 ini. Sumbangan boleh dihantar melalui cek atas nama ‘YAYASAN BASMI KEMISKINAN’ atau dibayar terus ke dalam akaun YBK Bank Islam Malaysia Berhad – No Akaun 12038010002132 dan faxkan slip bayaran ke YBK No Fax 03-78730719.

Selain itu sumbangan boleh juga dibuat melalui Tabung Sinar Kasih Ramadhan yang diletakkan di Restoran India Muslim yang bergabung dibawah Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA). Semua sumbangan ini akan diagihkan kepada keluarga miskin selewat-lewatnya dua hari sebelum puasa. Klik untuk lihat keterangan lanjut...

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;