Setiawangsa, 10/1/2011 - YBK di bawah Skuad SKY telah turun padang memberi bantuan yuran persekolahan anak Encik Azli Asmahwi. Anak beliau, adik Sofiurahman Azli baru memasuki Tingkatan 1 di SMK Setiawangsa. Encik Azli merupakan antara penerima Bantuan Skuad SKY yang mengalami kemalangan jalan raya 5 tahun yang lalu sehingga mengakibatkan kaki kanan beliau patah di 3 bahagian.

Kesan daripada kemalangan tersebut menyebabkan beliau tidak dapat bekerja dan hilang punca pendapatan. Melalui bantuan yang diberikan ini akan memberi sedikit kemudahan kepada adik Sofiurahman untuk meneruskan pelajarannya di peringkat pendidikan menengah dan mengharapkan agar adik Sofiurahman akan berjaya dalam pelajar

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;