- Hit: 1674
Sg Lias, Sabak Bernam 8/1/2011 - Prihatin akan nasib mangsa kebakaran keluarga Puan Asiah Mashud, YBK telah datang melawat keluarga mangsa dan menyampaikan bantuan wang tunai melalui Program Skuad Sinar Kasih YBK.
Kunjungan ini disertai oleh pegawai YBK bersama-sama wartawan dari Skuad Cakna Sinar Harian, Puan Ernee. Dalam kunjungan tersebut, YBK telah melawat ke tapak kebakaran di Kampung Sungai Lias, Sabak Bernam. Hasil tinjauan mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas. YBK bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga Puan Asiah dan berharap agar bantuan yang diberikan dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga i