Kelana Jaya, 25/2/2011 - Album ' Mustika Zaman' Ramli Sarip bersama YBK merupakan projek khas yang julung-julung kalinya dilaksanakan antara YBK dan syarikat Rasa Music Sdn Bhd yang memuatkan himpunan koleksi lagu-lagu duet Ramli Sarip bersama pelbagai artis sepanjang penglibatan 25tahun beliau dalam dunia seni. Album ini akan menampilkan 21 buah lagu lama dan 4 buah lagu baru di mana ianya turut memuatkan lagu 'Nyanyian Di Serambi' yang telah diberikan nafas baru dan dinyanyikan bersama Kumpulan Koir Suara Asrama Kasih YBK.

Hasil jualan daripada album ini akan disalurkan kepada Tabung Sinar Kasih Ramadhan YBK 2011 untuk disumbangkan kepada keluarga miskin tegar di seluruh Malaysia bagi membantu membiayai keperluan berbuka dan bersahur sepanjang bulan Ramadhan yang akan datang.

Pada majlis yang ringkas diadakan pada hari Jumaat yang lalu, YBhg Dato Zainal Abidin Sakom Pengerusi YBK menyampaikan cek tajaan kepada Ramli Sarip sambil disaksikan oleh YBhg Datin Hajah Hartini Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK dan Encik Zulhairy Jalaluddin, CEO YBK.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;