Serendah, 26/3/2011 - Sempena 21 tahun YBK, satu majlis bacaan yasin, doa selamat dan tazkirah yang diketuai oleh Dato Pengerusi YBK. Majlis bermula jam 6.30 ptg hingga 10.00 malam ini berlansung di surau Asrama Kasih. Semua pelajar Asrama kasih Serendah dan Gesir turut hadir bersamping jemputan YBK seramai 300 orang.

Majlis ini diadakan sempena 21 tahun penubuihan YBK iaiatu 26 Mac 1990. Majlis dimulakan dengan sembahyang maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan yassin dan tahlil yang dipimpin oleh Dato Zainal Abidin Hj Sakom selaku Pengerusi YBK. Sebelum menunaikan sembahyang Isyak, dalam majlis tazkirah, YBhg Dato mengingatkan semua pelajar supaya sentiasa bersyukur atas hidayah Allah yang menyebabkan YBK terus dapat membantu mereka dan pelajar lain hingga ke pusat pengajian tinggi.

Beliau berharap semua pihak terus berdoa agar YBK terus dapat memainkan peranan membantu golongan sasar membasmi kemiskinan dan dihindari dari segala mala petaka dan musibah. Walaupun kerajaan negeri terus menekan yayasan beliau bersyukur kerana kerajaan persekutuan terus menyokong usasah murni YBK dan telah memberi konsesi pembinaan UiTM Melaka kampus Jasin setelah kerakaan Selangor menolak cadangan pembinaan UiTM Serendah di atas tanah YBK sendiri. Majlis diakhiri dengan jamuan makan yang disediakan oleh YBK.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;