Kuala Langat, 16/3/2011 โ€“ Yayasan Basmi Kemiskinan melalui program Skuad Sinar Kasih YBK telah mengenalpasti satu keluarga miskin yang sedang memerlukan bantuan di Taman Changgang Jaya Daerah Kuala Langat.

Puan Siti Aliah Kasran merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak dan mengalami kecacatan lumpuh kekal di kaki akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2009.

Beliau mencari rezeki dengan menjadi guru mengaji kepada kanak-kanak di kawasan taman perumahan yang berhampiran. Kes ini telah mendapat perhatian YBK dan beliau telah menerima bantuan kewangan dan makanan semasa kunjungan Skuad SKY ke rumah beliau.
Bantuan Skuad SKY YBK ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Samson bin Mukri, Pengerusi JKKKP Kg Bukit Changgang bersama Ustaz Abdul Nasir bin Jajuli Pegawai Khas ADUN Dengkil.

๐ŸŒ BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

๐Ÿ“ž HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

๐Ÿ“ž TEL :ย +60 (3) 7875 0036
๐Ÿ“  FAKS :ย +60 (3) 7875 0719
๐Ÿ“ง E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;