- Hit: 1684
Kuala Lumpur, 10/3/2011 - Satu Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Antara Yayasan Basmi Kemiskinan & Kongres India Muslim Malaysia Untuk Pelancaran 2000 Tabung Sinar Kasih Ramadhan YBK-KIMMA 1432H / 2011M. Majlis diadakan di Hotel Seri Pasific Kuala Lumpur. Majlis ini disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ahmad Hj Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Program Tabung Sinar Kasih Ramadhan YBK-KIMMA 1432H / 2011M ini merupakan program ‘SMART PARTNERSHIP’ yang pertama antara YBK & KIMMA. Ia dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai dan sektor korporat untuk memberi sedekah kepada keluarga miskin tegar yang terpilih di seluruh Negara melalui tabung-tabung yang diletakkan di premis-premis Ahli Kongres India Muslim Malaysia ( KIMMA ) seluruh negara seperti di lokasi Restoran Makanan India Muslim (MAMAK), Syarikat Pengurup Wang, Pasar Mini Dan Kedai Tekstil. Sedekah yang diserahkan kepada YBK melalui kutipan dana tabung ini akan diagihkan kepada keluarga miskin tegar berdasarkan statistik keperluan Pendapatan Garis Kemiskinan 2009 iaitu RM460.00 sebulan.