- Hit: 1721
Port Dickson, 28/4/2011 - Bertempat di Selesa Beach Resort, Yayasan Basmi Kemiskinan ( YBK ) telah menganjurkan Seminar Percambahan Fikiran YBK 2011 dengan dihadiri kira-kira 50 orang peserta. Para peserta yang hadir terdiri daripadaย para pegawai YBK dan anak-anak syarikatnya termasuk para panel jemputan daripada agensi kerajaan, pegawai akademik university tempatan dan agensi swasta.
Tema seminar kali ialah โ Ke arah mentransformasikan YBKโ dengan objektif utamanya ialah untuk mentransformasikan struktur dan pengurusan YBK ke arah yang lebih progresif dan berdaya saing selaras dengan visi YBK dalam menjadi yayasan yang terulung di Malaysia dan di peringkat Antarabangsa dalam membasmi kemiskinan.
Seminar kali ini juga telah mencipta dan menjana pelbagai idea baru yang bernas dalam merangka satu pendekatan YBK yang begitu bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia iaitu konsep 11757 โ 1 Visi, 1 Misi, 7 Matlamat, 5 Golongan Sasar dan 7 Strategi.
Majlis penutup seminar ini telah disempurnakan oleh YBhg Datoโ Pengerusi YBK, YBhg Datoโ Zainal Abidin Sakom. Semoga segala yang telah dibincangkan dan dikupas dalam seminar ini akan memberikan impak positif terhadap YBK yang semakin lama semakin matang pada usia 21 tahun dalam membantu kerajaan untuk membasmi kemiskinan.