- Hit: 1968
Kuala Lumpur, 26/4/2011 -Buat julung-julung kalinya, Yayasan Basmi Kemiskinan dan syarikat Rasa Music Sdn Bhd telah bekerjasama dalam menerbitkan album Mutiara Zaman – Himpunan Duet Klasik Ramli Sarip. Album ini mengandungi 22 buah lagu koleksi duet Ramli Sarip dengan pelbagai artis termasuk 4 buah lagu baru. Antara lagu-lagu baru yang terkandung dalam album ini ialah lagu Musafir Rindu ( Ramli Sarip & Dayang Nurfaizah ), Nyanyian di Serambi ( Ramli Sarip & Suara Asrama Kasih YBK ), Keroncong D’Sape ( Ramli Sarip ) dan Sayang Abah ( Ramli Sarip dan Ana Raffali ).
Objektif projek ini adalah untuk Membiayai Kos Perbelanjaan ‘Wang Saku Harian Pelajar Ke Sekolah’ Untuk Pelajar Asrama Kasih Serendah Dan Asrama Jambor Sakti di mana asrama ini Menempatkan Sejumlah 153 Orang Pelajar Asrama Kasih Serendah Dan 43 Orang Pelajar Asrama Jambor Sakti Yang Terdiri Daripada Anak-Anak Keluarga Miskin Dan Yatim Yang Mempunyai Potensi Untuk Berjaya Dalam Pelajaran.
Sebagai contoh mudah, 200 orang pelajar Asrama Kasih Serendah memerlukan RM 2 sehari untuk duit poket harian ke sekolah dan jumlah ini sahaja memerlukan RM400 sehari. Jika 200 hari pelajar-pelajar ini ke sekolah, YBK memerlukan sekurang-kurangnya RM80,000 setahun hanya untuk belanja wang poket harian ke sekolah.
Majlis Pelancaran Album Mutiara Zaman ini telah diadakan pada 26 April 2011 yang lalu bertempat di Restoran Ibunda, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur dengan dihadiri kira-kira 60 orang tetamu. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Che Moktaza, Warner Music Malaysia, Tuan Haji Bing Selamat Amir Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Basmi Kemiskinan dan barisan artis-artis yang terlibat dalam album ini seperti Dato’ Khadijah Ibrahim, Ana Raffali, Dayang Nurfaizah dan Jay Jay. YBK mengharapkan agar semua dapat ‘Berhibur sambil Beramal’ dengan membeli album ini. Album ini telah berada di pasaran dan dijual dengan harga RM31.90 sahaja.