Banting, 23/4/2011  - Daerah Kuala Langat telah terpilih sebagai lokasi ke-2 sesi turun padang Yayasan Basmi Kemiskinan dalam Program Khidmat Komuniti Sukarelawan YBK selepas program Siri pertama di Sg Selisik, Hulu Selangor.

Dalam program ini, Sukarelawan YBK telah mengenalpasti seorang ibu tunggal OKU, Puan Aliah Kasran yang mengalami lumpuh kekal di kaki untuk dibantu. YBK bersama sukarelawan YBK kawasan Taman Changgang Jaya telah sama-sama menghulurkan bantuan dengan membantu membersihkan kawasan rumah Puan Aliah termasuk memasang siling baru untuk rumah beliau agar lebih selesa untuk dijadikan Pusat Pengajian Al-Quran kepada kanak-kanak dan orang dewasa di kawasan taman perumahan tersebut.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Marsum Bin Paing, ADUN Dengkil dan turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, Datin  Hajah Hartini Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK dan Encik Zulhairy Jalaluddin. KIra-kira 50 orang sukarelawan YBK telah bergotong-royong menjayakan program ini. Semoga usaha bersepadu yang dijalankan oleh Sukarelawan YBK akan memberikan sinar baru kepada keluarga Puan Aliah Kasran dalam meneruskan kehidupan seharian.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;