- Hit: 1876
Hulu Langat , 24/5/2011 - YBK telah menawarkan kepada pelajar Madrasah At-Taqwa Batu 14 Hulu Langat penempatan di Asrama Kasih Y BK Serendah atau Asrama Kasih YBK Gesir. Keputusan Lembaga Pemegang Amanah YBK telah disampaikan kepada Yang DiPertua Asrama Madrasah At-Taqwa Batu Batu 14 Hulu Langat, Encik Idris dan Pengetua Encik Hambali Salleh sempena lawatan pegawai YBK ke penempatan pelajar di Resort berhampiran.
Encik Idris merakamkan ucapan terima kasih kepada YBK di atas tawaran tersebut. Walau bagaimanapun beliau tidak dapat membuat keputusan kerana perlu berbincang dengan AJK Madrasah terlebih dulu. Disamping sempena cuti sekolah 2 minggu yang akan datang madrasah tidak perlu membuat keputusan tergesa-gesa ditambah pula terlalu banyak tawaran maupun dari kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan NGO lain yang menawarkan bantuan penempatan kepada pelajar yang terselamat. Disamping itu YBK telah menyumbangkan RM1,000 bagi membiayai keperluan pelajar