Kulim, 6/6/2011 - Lawatan pertama bersama responden En Musa dan keluarga. Mempunyai masalah kesihatan - rawan tulang belakang rosak sewaktu bekerja kilang elektronik di Kulim. Responden telah dilawati oleh pihak vaterinar Negeri Kedah atas jemputan TV Alhijrah dan dijanjikan bantuan 200 ekor anak ayam kampung & alatan penetasan anak ayam. Bagi pihak Bank Islam, En Roziman mengesyorkan pembiayaan membina reban ayam.

Responden ke-2, komuniti Surau Kg Begia, Jeniang, Sik Kedah. Hadir sama adun Belantik YB Tajuddin sewaktu YBK, TV Alhijrah & Bank Islam meninjau persekitaran surau. Surau ini telah berusia 40 tahun. Tempat untuk ahli kariah menjalankan kelas fardhu ain, kursus haji, tempat berkumpul program Amanah Ikhtiar dan kelas bimbingan bagi pelajar sekolah rendah. Surau ini tidak mempunyai tandas yang sesuai serta sistem pendawaian elektrik yang usang. 

Responden ke 3,  En Nasir serta isteri daripada Kg Padang Menora, Bukit Mertajam. Pada masa ini berniaga roti canai pada sebelah petang. Pada sebelah paginya mengumpul nira nipah. En Khirril daripada Bank Islam mencadangkan supaya responden mencari tapak gerai/ kedai kerana pada masa ini responden menyewa tapak dihadapan kedai milik orang lain. Masalah timbul apabila peralatan untuk berniaga terpaksa dibawa pulang setiap hari oleh responden. 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;