YBK besama krew TV Al-Hijrah untuk hari 2 meneruskan kajian penggambaran  program TV Realiti Man Jadda Wa Jadda.  Responden ke 2, Encik  Roslan bin Ramli yang bekerja sebagai tukang dengan pendapatan RM600.00 sebulan mempunyai 5 orang anak di mana 3 orang sedang bersekolah dan 2 masih kecil di sekitar Arau Perlis. Isteri pula menghadapi sakit tyroid dab tinggal di rumah yang sangat daif. YBK bersama Bank Islam cuba membantu keluarga Encik Rolsan dengan mendapatkan lokasi  yang sesuai untuk berniaga dan bantuan perkakasan bagi membolehkan beliau menjalankan perniagaan makanan.

Responden ke 3,  Puan Sharifah Taubah bt Syed Ahmad, ibu tunggal dengan 9 orang anak di mana 8 darinya masih belajar. Buat masa ini, beliau sekeluarga menumpang di rumah saudara yang sangat daif. Jika diizinkan keluarga Puan Sharifah dijangka akan mendapat suntikan bantuan modal dari Bank Islam membantu perusahaan cendawaan yang sedang diusahakannya seterusnya meningkatkan pendapatan Puan Sharifah. Kemahiran menanam cendawan yang diperolehi dari anak lelakinya menyebabkan dia yakin akan dapat mengubah kehidupannya.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;