Kuala Ketil, 24/7/2011 - YBK bersama TV Al-Hijrah dan Bank Islam Malaysia Berhad mengadakan sesi penggambaran Program Realiti TV Man Jadda Wa Jadda Siaran TV Al-Hijrah. Program TV Realiti yang memaparkan kesusahan 13 keluarga miskin yang mendapat sokongan dan bantuan kewangan dari YBK dan Bank Islam Malaysia Berhad akan disiarkan sepanjang bulan Ramadhan

Encik Musa Ahmad seorang dari 13 keluarga yang dikenalpasti oleh YBK telah mendapat sokongan dan bantuan modal menternak 250 ekor ayam daging berhampiran rumahnya. YBK dan Bank Islam telah menyediakan modal membangunkan reban dan keperluan makan ayam sehingga ayam boleh dijual

Disamping itu YBK juga menawarkan anak lelaki Encik Musa, yang bersekolah dalam Tahun 6 ke Asrama Kasih YBK. Tawaran ini dijangka dapat meringankan beban tanggungannya. YBK telah diwakili oleh Dato Husein Yunus ahli lembaga pemegang amanah

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;