Serendah, 23/8/2011 - Dalam mengimarahkan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad(KTMB) meraikan anak-anak Asrama Kasih Serendah dan Jambo Sakti. Pada majlis tersebut, KTMB diwakili oleh En Mohd Khidir Yusoff (Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter) menyampaikan sumbangan hari raya kepada kesemua anak-anak Asrama Kasih. Pihak KTMB juga menaja keseluruhan majlis berbuka puasa ini. Majlis Iftar Ramadhan ini turut menyelitkan tazkirah yang disampaikan oleh Dato Pengerusi YBK bertajuk 'Lailatul Qadar malam yang lebih baik dari seribu bulan'. Seterusnya pihak TV Hijrah juga turut bersama dalam proses rakaman program Man Jadda Wajadda yang akan disiarkan pada malam 29/8/2011 nanti. 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;