Jasin, 22/8/2011 - Majlis penyerahan sumbangan duit raya kepada 200 anak yatim sekitar Jasin, Melaka telah disempurnakan oleh YB Datuk Hassan (ADUN Sg Rambai) dan YBhg Dato Hj Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) di Dewan Pejabat JAPERUN Sg Rambai.

Anak-anak yang diraikan pada hari tersebut menerima sumbangan tunai dari YBK dan sumbangan beras oleh Majlis Agama Islam Melaka  yang telah disampaikan melalui ADUN Sg Rambai, YB Datuk Hassan. Turut hadir di majlis tersebut ialah, YBhg Tn Hj Bing Selamat Amir (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK), YBhg Datin Hjh Hartini Osman (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK), dan Encik Zulhairy Jalaluddin selaku Ketua Pegawai Eksekutif YBK.

Semoga hari raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi memberikan sinar kegembiraan untuk anak-anak ini.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;