Gombak, 13/8/2011 - Dalam keberkatan bulan Ramadhan Al- Mubarak, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama Artis Ramli Sarip melalui syarikatnya Rasamusic Sdn Bhd  telah bekerjasama menganjurkan Program Imarah Ramadhan YBK bersama Ramli Sarip pada 13 Ogos 2011 yang lalu bertempat di Restoran Kunang-kunag Gombak. Program ini merupakan satu majlis berbuka puasa amal bersama artis Ramli Sarip untuk penjualan Album Mutiara Zaman Rimbunan Duet Klasik Ramli Sarip.

Objektif program ini adalah untuk mengalu-alukan keprihatinan masyarakat untuk mendekati aktiviti-aktiviti YBK yang pada tahun ini sudah 21 tahun di persada perjuangan melalui pembelian tiket Program Imarah Ramadhan bersama Ramli Sarip. Hasil jualan tiket  ini akan disalurkan untuk membiayai kos operasi Asrama Kasih Serendah dan Asrama Jambor Sakti yang menempatkan sejumlah 153 orang pelajar Asrama Kasih Serendah dan 43 orang pelajar Asrama Jambor Sakti yang terdiri daripada anak-anak keluarga miskin dan yatim yang mempunyai potensi untuk berjaya dalam pelajaran.

Selama 21 tahun, YBK telah membiayai  kos sara hidup dan persekolahan 2509 orang pelajar sekolah menengah di Asrama Kasih Serendah dan 227 orang pelajar sekolah rendah di Asrama Kasih Jambor Sakti. Selain itu, YBK membelanjakan sejumlah RM700 sebulan untuk seorang pelajar bagi menampung perbelanjaan sara hidup dan persekolahan dan dianggarkan YBK perlu memperuntukkan sejumlah RM42,000 bagi setiap pelajar bagi menampung kos selama 5 tahun berada di Asrama Kasih Serendah.

Antara tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah YBhg Dato Haji Zainal Abidin Sakom Pengerusi YBK, barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK yang terdiri daripada Tuan Haji Bing Selamat Bin Amir dan Datin Hajah Hartini Osman termasuk Ketua Pegawai Eksekutif YBK, Encik Zulhairy Jalaluddin. Selain Ramli Sarip, antara artis yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Man Kidal.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;