Serendah, 5/10/2011 - Setiap anak-anak Asrama Kasih YBK diterapkan dengan budaya menabung bermula daripada mereka memasuki asrama ini. Tahun ini merupakan kali yang ke-17 kerjasama antara Asrama Kasih YBK bersama dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) dimana setiap tabungan anak-anak asrama ini akan disimpan di akaun GIRO BSN.

BSN diketuai oleh Pn Amidah bt Munadi (Ketua Zon BSN Shah Alam) serta pegawainya hadir ke Asrama Kasih YBK untuk memberi penerangan berkenaan Kelab Penabung Muda kepada penyimpan baru serta menambah simpanan anak-anak asrama kasih. 

YBK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang hadir. Semoga kerjasama Asrama Kasih dan pihak BSN ini berterusan untuk masa akan datang.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;