Bukit Kapar, 24/10/2011 – Skuad Kasih YBK, SKY telah menziarah sebuah keluarga yang mengalami bencana baru-baru ini apabila rumahnya telah dilanda ribut. Seluruh atap dan sebahagian rumahnya telah musnah akibat ribut tersebut. Ketua Keluarga Encik Kamaruzaman Abdul Raof yang juga menghadapi kerosakan bengkel kayu tidak dapat meneruskan usaha menerima tempahan membuat bengkel dari orang ramai.

Dalam lawatan tersebut, mangsa ribut mengalami kerosakan rumah yang dasyat yang menyebabkan aktiviti keluarga tidak berjalan seperti biasa.  Encik Kamaruzaman bin Abdul Raof yang mempunyai 3 orang anak di mana 2 masih bersekolah.

Hasil dari lawatan tersebut pegawai YBK telah memperakukan YBK memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM500.00 bagi meringkan beban dan kesulitan yang sedang dihadapi Encik Kamaruzaman sekeluarga yang telah disampaikan oleh Encik Audi pada 25/10/2011 jam 4.00 petang di rumahnya. 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;