Serendah, 4/1/2012 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah menerima seramai 58 orang pelajar baru ke Asrama Kasih YBK tahun 2012 ini. Dari jumlah tersebut 39 mendaftar untuk Asrama Kasih YBK Serendah manakala seramai 19 orang pelajar baru dari kalangan anak yatim/piatu/miskin mendaftar di Asrama Kasih YBK Gesir.

Sebelum ini YBK telah menerima seramai 169 permohonan untuk Asrama Kasih YBK Serendah dan 79 permohonan untuk kemasukan Asrama Kasih YBK Gesir bagi tahun 2012. Jawatankuasa pemilihan Asrama Kasih YBK telah memperakukan seramai 76 orang ditawarkan ke Asrama Kasih YBK Serendah dan Asrama Kasih YBK Gesir. Dengan ini Asrama kasih YBK Serendah mempunyai 151 orang pelajar dan asrama kasih YBK Gesir menjaga 35 orang pelajar dari kalangan anak yatim/piatu dan keluarga miskin.

Asrama Kasih YBK Serendah tahun ini juga di bawah pengurusan Pengetua baru iaitu Zainiah bt Amin bersama 4 orang pembantu tadbir asrama. Ce gu Zainiah adalah merupakan bekas penolong guru kanan sekolah telah diberi kepercayaan memimpin asrama oleh Lembaga Pemegang Amanah YBK

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;