Medan Indonesia, 28/1/2012 -  Pengerusi YBK Dato Hj Zainal Abidin Hj Sakom dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Tuan Haji Bing Selamat Amir telah dijemput sebagai penceramah oleh Sekolah Tinggi Ekonomi Lembaga Manajemen Imanuel Indonesia Medan dalam suatu Seminar Antarabangsa bertajuk ‘Education Transformation In Increasing Human Quality As The Effort To Advance Nation & Intelligence’ (Comparative Study Between Malaysia & Indonesia)

Dato Zainal Abidin Hj Sakom dan Hj Bing Selamat Amir telah membentangkan kertas kerja bertajuk Komitmen Malaysia Membasmi Kemiskinan Secara Konsisten Melaului Pendidikan Dan Latihan Secara Bersepadu. Dato Pengerusi juga menyatakan kesediaan menerima pelajar dari Sekolah Tinggi Ekonomi Lembaga Manajemen Imanuel Indonesia Medan untuk menjalani latihan industri di Malaysia dalam YBK selepas tahun 2013 kelak apabila YBK bertanggungjawab menyelenggara sepenuhnya UiTM Melaka Kampus Jasin.

Seminar antarabangsa yang dihadiri lebih 400 peserta dari kalangan pelajar Sekolah Tinggi Ekonomi Lembaga Manajemen Imanuel Indonesia Medan, pendidik serta NGO dari sekitar Medan.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;