Panggung dakwah mengetengahkan Saudara Amin Idris - Pengacara TV Al Hijrah sebagai moderator dan 3 panel berpengalam luas dalam bidang masing-masing iaitu Tan Sri Dato’ Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah-Bekas Naib Canselor UiTM, Dato Hj Zainal Abidin Sakom-Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, Prof Madya Dr Sharifah Hayati Syed Ismail-Ketua Jabatan Siasah Syar’iyyah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Program ini juga bakal mengisi lot siaran di Stesyen TV Al Hijrah.
Program tersebut dihadiri 1,000 orang penonton yang terdiri daripada anak-anak Asrama Kasih Serendah & Jambo Sakti, pelajar-pelajar Pusat Latihan YBK Kuala Selangor & Akademi Kemahiran YBK Gesir, Sukarelawan YBK dan penduduk sekitar kawasan Batang Kali, Serendah & Bukit Beruntung. Turut hadir ke program tersebut ialah Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB P.Kamalanathan, Adun Batang Kali, YB Datuk Mohd Isa Abu Kassim dan Datuk Rosni Sohar, Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. YBK merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir bagi menjayakan Program Panggung Dakwah Siri Bicara Agung.